Monday, July 26, 2010

Renungan

Peringatan buat yang lupa

1. Siapa yang pagi-pagi susah memikirkan dunia, maka ia pagi-pagi telah murka Allah kepadanya
2. Siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah, maka ia mengeluhkan Tuhannya.
3. Siapa yang tidak hirau dari mana datangnya rrezkinya, maka Allah tidak hirau dari pintu mana ia akan masuk neraka.
4. Sesiapa yang berbuat dosa sambil ketawa dia akan masuk neraka sambil menangis
5. Sesiapa yang sibuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata, maka Allah akan mencabut daripada hatinya takut akan akhirat.
6. Sesiapa yang merendah kepada orang kaya kerana kayanya, maka selalu terbayang di ruang matanya kemiskinannya.

Petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin (ms 370)


Konvokesyen UNiSZA

Ana ni duduk dekat UNiSZA, semalam 26/07/2001 katanya ada Konvokesyen di U tu. Sebelah malam ada Forum Perdana. Malam ini katanya ada konsert pulok. Konsert yang semacam mana entah lah. Tempat tu sebelah Masjid. Elok lah tu lepas konsert sama-sama pergi solat dimasjid. Saya tinggal disini dah lebih 10 tahun. Semasa zaman KUSZA dulu konsert secara terbuka ni tak pernah diadakan. Semenjak jadi U ni nampaknya pesta sebegitu dah jadi perkara biasa. Entah lah .......

Nisfu Sa'aban

Ramainya orang kemasjid semalam. Lepas solat Isya pihak masjid bagi nasi bungkus. Ana dapat satu bungkus nasi bawa balik makan dirumah, tengah malam sakit perut. Alhamdulillah tak apa, kan sakit itu menghapuskan dosa.